Pages

Monday, 26 September 2011

BERTAPA BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...APA KOMEN KORANG SEMUA?

Assalamualaikum....dah 4 hari Cik Fiqah tak update website.....kerana terlalu sibuk dengan pelbagai kerja dan masalah yang datang secara serentak..huhuhu..tapi tak mengapa semua boleh settel dengan cepat dan mudah...di sini cik fiqah memilih tajuk ini supaya para lelaki atau para suami mengambil ikhtibar dan pengajaran tentang tajuk ini.....dan juga memberi pengajaran dan petunjuk kepada Cik Fiqah dan anda semua ye....mari kita membaca article ini selanjutnya....



Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!



semoga article ini memberi pengajaran,petunjuk dan ikhtibar ye...semua Allah S.W.T mengampunkan dosa kita,ibubapa kita dan anak-anak kita....semoga dimasuk kan kedalam syurga yang aman damai dan indah....amin......

Friday, 23 September 2011

CIK FIQAH RINDU KAT LIMA SERANGKAI ^_^

Assalamualaikum....kepada semua pembaca blog dan keng kwan Cik Fiqah ye...semoga korang sihat dan ceria2 selalu...sebab ape hari ni tajuk Cik Fiqah mengenai lima serangkai??heheeh...sebab Cik Fiqah rindu kat kawan2 Cik Fiqah..huhuhuhu....lima serangkai  ni bermaksud , group kami ada lima orang...kami sekolah di SMTPD....sekarang SMVPD....korang tahu tak sekolah ape?alah sekolah paling tip top dan megah di Port dickson tu..hehehe....tapi mereka semua jauh2..huhuhu..semua dah buat aluan masing2.....yang IRA keje kata seremban , katanya keje hotel....hotel ape Cik Fiqah tak tahu la pulak....yang SYIEDAH dah keje juga..keje di seremban..keje dia duk mengira duit orang je...duit dia tak bertimbun2 juga...ahhahaha...jangan marah ye...yang YATIE lak duk kuala lumpur , dia pun dah keje juga....tapi tak tahu keje ape...bz memanjang je...dah mcm VIP bz dia....hahahah....macam2 alasan dia bg..menyampah den! hahahhaa....yang lagi sorang ni....INA ...Cik Fiqah tak tahu ape dia buat sekarang...senyap je...menyepikan diri..huhuhuhu..diam2 dah ada pakwe baru...ermmm...

Cik fiqah nak cerita sikit pasal kawan2 Cik Fiqah ni...hehehehe....


First sekali Cik Fiqah nak citer pasal Syiedah..hehehe...Dia ni budak perdagangan.....ramai peminat ni..tegok muka dia sape yang tak nak kan?hahahah..tapi dia ni jual mahal sgt..hehehhe..jangan marah ye syiedah.....:P
budak lelaki suka menyakat dia kat sekolah terutama berbudak kelas Cik Fiqah...Cik Fiqah kelas Elektrik , memang ramai bebudak lelaki la ..hehehe....dia lalu je kene kacau..hehehe...sampai kat Dorm Aspuri dia cerita pasal dia kene kacau ngn bebudak kelas Cik Fiqah..hahahah....Cik Fiqah gelak kan dia tak tahu nak ckp ape masa tu...khikhikhi.....Cik Fiqah pun suka mengacau dia..ehhehe....

 

yang ini pula nama dia Iena...dia seorang yang lemah lembut...dia selalu bg nasihat kat Cik Fiqah...dulu kami satu Dorm..hehehe..selalu Cik Fiqah menyakat dia..ehehhe....nak pergi toilet pun Cik Fiqah ajak dia temankan..hahahha...Cik Fiqah ni penakut orangnya...hahahhah..:P iena ni satu kelas ngn Syiedah.....dia memang kawan baik Syiedah...mane pergi mesti bersama..hehehe....dah mcm couple tak leh berpisah kata kan..ahhahaha....jangan marah ye Iena...gurau je....:)

 

Yang ini pula nama nya Iera....dia ni  sekelas ngn Ina dan Syiedah....dan satu dorm ngn Cik Fiqah dulu..heheh...iera ni pun selalu kene kejut ngn Cik fiqah teman g toilet...hehehehe.....semua masalah Cik Fiqah dia tahu..huhuhuhuhu...dia ni rapat ngn Cik Fiqah......kami selalu berkongsi masalah bersam-sama....heehhe....kami selalu bergurau sampai nak pecah perut....kami selalu study sama2.....bebudak lain balik kampung,tapi kami tinggal kat aspuri bertiga dgn Yatie..hahaha....tgok tv bertiga,makan bertiga,tapi mandi tak bertiga k..hehehehe.....jangan pikir lain taw....:)

 

Yang ini namanya Yatie , dia ni mulut becok..budak PKE (Kejuruteraan Elektrik)...jangan marah ye hahahaha...ada je cerita dia nak cerita.....selalu gaduh ngn Cik Fiqah.....hahahha...yela....Cik Fiqah nak cakap dia pun nak cakap....Cik Fiqah diam dia tak nak pulak ckp...suka menyakat Cik Fiqah.....Cik Fiqah geram Cik Fiqah balas balik kat dia..hahahah..padan muka....

Yang paling best time Yatie kene simbah air Nila...hahahah....masa tu dia nak simbah satu baldi kat Cik Fiqah.....bezday Cik Fiqah katakan....nak mandikan Cik Fiqah konon,last2 dia yang kene..hahahaha....teringat masa masa zaman sekolah.....huhuhuhu.....tapi yatie ni suka makan maggie kat dorm.....almari dia penuh ngn maggie...hehehe...tapi yang best nya kami berempat boleh semangkuk ngn dia...hahahah....ni la dia 5 SERANGKAI termasuk Cik Fiqah sekali....ekhe...citer diaorg je ke....tentang cik Fiqah tak citer lak ye..hahahaha...kalau korang nak tahu kat bawah ni la Cik fiqah..hehehehe....

 

cik fiqah tak tahu nak cerita tentang diri sendiri..hehehe...yang 4 serangkai tahu la perangai cik Fiqah..hahaha....itu Cik Fiqah yang dulu sekarang tidak lagi seperti dulu.....hehehe...kami banyak kenangan terindah dan pahit manis bersama.....hahahaha.....dah macam dalam filem....hahahaha.....kepada 4 serangkai Cik Fiqah hanya mampu ceita tentang korang..huhuhu...harap ni jadi kenang dalam hidup korang ye....kat keng kawan2 dan 4serangkai ni sila komen ye kat blog Cik Fiqah...dan jadi la member kat blog Cik Fiqah..hahaha....Cik fiqah rindu kat korang.....bila nak berkumpul lagi ni....rindu ni..hahahaha.....Cik Fiqah dah tak ada coretan lagi....sampai disini sahaja...coretan ku buat 4 serangkai....jiwang la pulak...khakhakhakha..... ^_<


Thursday, 22 September 2011

PERFUME TOP DAN LARIS PADA BULAN SEPTEMBER

Assalamualaikum kepada pembaca blog Cik Fiqah dan keng kawan Cik Fiqah...semoga korang semua sihat dan ceria2 selalu ye....pada bulan ni alhamdullilah Cik Fiqah di murahkan rezeki.....mendapat order dari customer....amin..semoga yang menjual perfume juga di murahkan rezeki ye....yang penting kita kene ceria2 selalu baru rezeki bertambah..hehehe....tak da rezeki pun kita senyum je ye.... :)

 SAMPLE PERFUME 
1PC = RM18
5PC = RM80
10PC = RM170

 LADY ONE BILLION = RM90

ONE BILLION SET (MEN) = RM100

THIERRY MUGLER ANGEL 50ML (STAR) = RM100

 MIRACLE SO MAGIC = RM80
CK FOR MEN = RM80

 LONKOOM 818 MEN = RM100

 LONKOOM 818 WOMEN = RM100

 BURBERRY BRIT FOR MEN = RM80

 GUCCI FLORA EDP = RM80

 JEAN PAUL GAULTIER LE MEN = RM90

VERSACE BRIGHT CRYSTAL 90ML (2botol)

LANCOME TRESOR IN LOVE 90ML (3botol)

 VERA WANG PRINCESS 90ML (3botol)


 HELLO KITTY 50ML (4 botol)

POLO RAPLH LAUREN 125ML (3botol)


Cik Fiqah ucapkan ribuan terima kasih kepada customer yang telah membeli perfume di kedai online Cik Fiqah ni ye....yang belum membeli perfume dari kedai online Cik Fiqah ni di alu-alukan ye....sebelum habis stok..hehehe..dan semoga korang happy dan ceria2  selalu....^_^

HUKUM MEMAKAI WANGIAN BERALKOHOL MENGIKUT PANDANGAN ULAMA




Lately we had been confused with some statements which sounds "alcohol free boleh bawak sembahyang". Don't be confused anymore cos this problem actually had been reveal a long time ago by our Ulama'. So for all Muslims pls check below:

Wangian / Kosmetik beralkohol merupakan masalah baru yang tidak ada pada zaman IKUT PANDANGAN ULAMARasulullah S.A.W, maka dalam mengambil hukum para ulama dalam menggunakan ijtihad penjelasan dari :
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
Lembaga Fatwa Al-Azhar
Majlis Muzakarah Panji Masyarakat
Fatwa Syeikh Sya'rawi rh
Hukum menggunakan parfum / kosmetik adalah boleh, tidak haram dan tidak najis.

Kenyataan Dari Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengenai hukum alkohol.

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

Menurut kitab "AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah" dalam bab "An najasat juzu 1, alkohol yang dimasukkan kedalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah boleh.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai senyawa ( OH ). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah :

Methyl alkohol ( Methanol ) atau alkohol ( Kayu ).
Ethily alkohol ( Ethanol ) atau alkohol biji-bijian.

Methyl alkohol ( Methanol ) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethily alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat. ( Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta tahun 1983, hal 427)

MEMAKAI MINYAK WANGI BERALKOHOL.
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majlis terangkan. Bimbingan peribadi pun telah menghuraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan.


KESIMPULAN: 
Berdasarkan penjelasan berikut, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi bukanlah najis dan tidak perlu disucikan untuk mengerjakan sembahyang.

Wednesday, 21 September 2011

OPEN HOUSE DI RUMAH BADANG

Assalamualakum...salam sejahtera kekawan dan pembaca blog Cik Fiqah ye...
Hari ini Cik Fiqah letak tajuk ini kerana Cik Fiqah tak tahu ape nak citer dalam blog ini lagi...kiranya blurrr..hahahahaa....korang nak tahu kenapa Cik Fiqah pilih tajuk ni??jeng...jeng.....sape badang?korang kenal tak??nama je badang , tapi dia tak mcm badang pun..hahahaha....nama dia MOHD HILMI .....dia ni duk di melaka...

Dulu kami satu tempat keje di Mc Donald di Mahkota Parade..hehehe...biler teringat masa keje di mcd , kami selalu bergaduh macam anjing ngn kucing..tapi kami manusia k..hiihhihi....dia ni seorang kawan yang baik , selalu membantu orang lain ...terutama wanita la..hahaha..., tunang Cik Fiqah kate dia ni ROMANTIK....betul ke??hahaha..geliks je..hahahah....dia ni Polis di Putrajaya....polis ape Cik Fiqah tak thu la..hahaha...."Polis pencen" kot...hahaha...jangan marah ye badang...heheh..gurau je....

ni la dia Badang @ Hilmi....

Tapi kami dah lama tak jumpe , kira2 setahun juga la tak jumpe.....huhuhuhu....pada 10 / 9 / 2011 dia buat makan-makan di rumah dia (Open House).....kami pun masing2 dah lain..hahaha...dah tua kata kan..ahhaha....

 rumah terbuka di rumah badang meriah sungguh!

ramai kekawan lama dia datang beramai2 memeriahkan rumah terbukanya....hehehe..badang senyum sampai ketelinga....makanan tak cukup tu..hehehe....gurau je  ye badang....

 Cik fiqah & tunang ....

Inilah tunang Cik Fiqah....hensem tak?hahahaha....jangan puji dia , nanti di bangga...tak larat Cik Fiqah dengar dia ckp ulang-ulang yang dia hensem..hahahaha....tapi dia baik , jujur ,  penyayang dan banyak bantu Cik Fiqah dalam kesusahan....uhuhuhuhu....dia seorang yang sporting dan fleksibel orangnya...senang hati Cik Fiqah bila bersama dengan nya..hehehe....Cik Fiqah bahagia sangat-sangat dengan tunang Cik Fiqah....korang doakan kami naik pelamin cepat-cepat ye..hehehe...ada lak Cik fiqah mintak korang doa kan??apa da....hehehe.....Cik Fiqah sayang dia sangat-sangat......wawawawawa....;-*

friends for ever.......^_^

yang ini pula gambar Cik Fiqah ,  tunang Cik Fiqah , badang dan abg badang....semoga kami menjadi kawan sampai bila....amin.....rindu suasana masa zaman remaja....rasa nak jadi remaja balik..hehehe...tapi sekarang dah tua da.....dah nak kahwin pun..khikhikhikhi.....^_<

ni gambar 4tahun lepas....ni la kawan yang keje di mcd mahkota parade...:)

Ni gambar kenangan abadi selamanya gambar masa bujang-bujang dulu..hehehe...sekarang semua dah buat haluan masing2...ada yang pergi sambung blajar,ada yang cari keje lain,ada yang menetap keje di mcd....tapi dah naik manager kot?hehehe....

k la cik Fiqah harap korang komen ye di blog Cik Fiqah ni..hehehe....sebab badang ni selalu buat Cik Fiqah menagis!!hahaha....itu dulu , sekarang Cik Fiqah tak heran dah ngn dia...hahaha.....


Tuesday, 20 September 2011

JODOH KITA UNTUK SIAPA?





........Hai kawan-kawan....mari kita same2x renungkan petikan ini...=)

Tanda atau cara kita mencari jodoh mestilah ada '3M'?Siapa diantara llk mahupun wanita y boleh(memahami,memaafkan,memotivasikan)kita kearah yang lebih baik insyaallah itulah jodoh kita.
Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun x semua kejinjang pelamin.Jangan percaya tentang ramalan cinta,ramalan jodoh di internet,televisyen ataupun cinta monyet.

Ada yang mengketegorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:

1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. 
Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.
Sekian.....=)

PERINGATAN KEPADA SEMUA!!


gambar hiasan sahaja...


Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam..

HADIAH TERBAIK BUAT PASANGAN YANG ROMANTIK!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Cik Fiqah pasti ramai yang sedang bercinta ...macam customer Cik Fiqah yang baru-baru ini hadiahkan pasangan masing-masing dengan bauan Calvin Klein Man untuk suaminya dan Miracle So Magic untuk isteri tersayang....Calvin Klein Man antara pilihan yang terbaik,botolnya yang nampak mewah dan eligend menunjukkan bahawa si isteri sangat menghormati si suami dengan menganggap suaminya seperti bos..ini kerana Clavin Klein Man adalah minyak wangi yang di pakai oleh kebanyakkan artis dan VVIP...


Buat si isteri atau kekasih pula,Miracle So Magic mampu mencairkan hati wanita dengan warna merah jambunya akan membuat si pemakai makin sayang dan cinta kan pasangan dengan lebih mendalam.....Harumannya yang sweet dan mengoda pasti si suami tergoda dan cair dengan anda....


Untuk pasangan yang baru nak bertunang atau berkahwin pula, perfume 818 Women dari Lonkoom memang sangat sesuai untuk bakal isteri anda...dengan haruman yang sweet , mewah dan mengairahkan boleh membuat bakal isteri atau bakal tunang merasa dirinya sangat dihargai selepas dipuji oleh rakan-rakan sepejabatnya....selain itu,perfume 818 Women ini menampakannya kemewahan dengan warna botol kekuning-kuningan emas dan kotak yang sangat eksklusif dan gah!


Untuk lelaki pula ,perfume 818 Men dari Lonkoom ini dengan botol berwarna silver menunjukkan si pemakai sangat mementingkan kekemasan dan macho!si suami akan nampak macho dan hensem di khalayak ramai dengan haruman perfume 818 Men.....di dalam set perfume ini si suami akan mendapat pengantung kunci.....melambangkan keunikkan perfume 818 Men ini sangat eksklusif dan professional.....


Dengan haruman minyak wangi di atas,customer Cik Fiqah berterima kasih dengan Cik Fiqah kerana Cik Fiqah telah mencadangkan mereka perfume ini....Di sini juga Cik Fiqah harap kepada customer Cik Fiqah yang telah pun membeli perfume seperti diatas,ceria-ceria selalu ye.....dan semoga korang gembira....ek lupa pulak....gambar sape di bawah ni...??macam kenal??korang kenal kan??hehehehe...ni la gambar Cik Fiqah semasa di office....muka ceria je kan?comel la Cik Fiqah ni....hahahaa...perasan je Cik Fiqah ni...hehehe....ape2 pun korang kene ceriakan diri baru la nampak cantik dan awek muda.....


Akhir kata ,Cik Fiqah nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada customer Cik Fiqah yang telah membeli minyak wangi di kedai online Cik Fiqah ini ye....Ok la salam satu malaysia...hehehehe...:)

Monday, 12 September 2011

LELAKI KOMEN RAMAI WANITA TAK PANDAI MASAK?BETUL KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,hari ini tajuk yang cukup mencabar untuk golongan wanita yang tak pandai masak dan wanita yang pandai masak sebelum kahwin...baru sebentar tadi Cik Fiqah ada membaca mesej seorang kawan mengatakan tentang hantaran kahwin untuk wanita mengikut peringkat pelajaran seseorang wanita?betul ke?hehehe...Cik Fiqah rase yang mengikut adat je yang ikut kot...hehehe....k la ni mesej dari seorang kawan tentang bidaan hantaran kahwin atau tunang....



NILAI HANTARAN UNTUK KAHWIN ANAK DARA ORANG .....
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000

*TeTAPI yg DEGREE ke ATAS kalau XPANDAI " MASAK " AUTOMATIC akan di TOLAK 50% DariPaDa NILAI BIDAAN !



Apa komen korang semua ye??

CIK FIQAH DAPAT MESEJ DARI CLIENT!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung dan pembaca blog Cik Fiqah....Cik Fiqah nak kongsi kepada korang semua tentang pagi tadi....hehehe....Cik Fiqah bangun dari tidur pagi tadi,tiba-tiba Cik Fiqah dapat satu sms dari seorang client Cik Fiqah ni....korang nak tahu ape yang client Cik Fiqah msj?hehehe...ni sms dari client Cik Fiqah "Saya dah bank in duit ke akaun Maybank Cik Fiqah....pada pukul 8:59 pagi tadi...."nampaknya Cik Fiqah kena bungkus perfume la pagi-pagi..heheheh.......Waktu tu Cik Fiqah senyum lebar sebab client ni dah bayar..hehehe...alhamdullillah....pintu rezeki terbuka waktu pagi-pagi....hehehe....pergi masuk office pun Cik fiqah senyum sorang-sorang sebab happy sangat-sangat tiap-tiap hari ada order...syukur alhamdullillah...amin....semoga rezeki Cik fiqah bertambah dan rezeki korang pun bertambah ye....amin....

Hari ni pun Cik Fiqah banyak pos perfume....alhamdullillah....gambar yang Cik Fiqah upload ni adalah order untuk hari ini sahaja...


DKNY FOR MEN 



JEAN PAUL GAULTIER FOR WOMEN



MARRY ME! (2 BOTOL)


LONKOOM BEAUTY BY FLOWER (1 SET)


DKNY GREEN APPLE FOR WOMEN

Kepada pembaca dan pengunjung Cik Fiqah yang ingin membeli perfume dari Cik Fiqah sila sms NAMA PERFUME,NAMA PENUH,ALAMAT LENGKAP,NO.TEL  ke 017-8803369 ye...terima kasih dan ceria2 selalu....:-)


BERAYA DI KAMPUNG PUN RAMAI BELI PERFUME CIK FIQAH.....:-)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung dan pembaca blog Cik Fiqah....harap korang semua sihat ye...semalam Cik Fiqah baru balik dari kampung di Semerah ,Batu Pahat Johor....ramai sedara mara,makcik pakcik cakap Cik Fiqah dah tembun..huhhuhu...dah semua ckp mcm tu Cik Fiqah nak kuruskan badan la macam ni....pergi Open House umah kawan di Melaka,kawan pun cakap Cik Fiqah dah tembun juga....erm...maybe sebab diorang semua dah lama tak jumpe Cik Fiqah....hehehe...tapi ape2 pun cik fiqah tetap ceria,sebab tu Cik Fiqah makin tembun..haahahaa...


ni la makcik,pakcik dan adik Cik Fiqah

Semasa di kampung Cik Fiqah pergi beraya ke rumah sedara mara,Cik Fiqah pakai la perfume yang Cik Fiqah jual tu....semua makcik dan pakcik serta sanak saudara tanya "perfume ape yang ko pakai ni?wangi la...mana ko beli?"Cik Fiqah jawab la,"saya jual perfume...yang saya pakai di sebelah lenggan kiri,DKNY GREEN APPLE,sebelah lenggan kanan pula CAROLINA HERRERA...saya jual murah je RM80 sebotol..." lepas Cik Fiqah cakap  je,terus semua nak beli perfume,mak cik  dan pakcik Cik Fiqah semua beli,sampai Cik Fiqah ada order sebanyak 5order di kampung sahaja.... 


NINA RICCI GOLD (2 BOTOL)


NINA RICCI RED APPLE & NINA RICCI GREEN APPLE


DIESEL FUEL FOR LIFE MEN & WOMEN


INCANTO BLOSSOM (2BOTOL)


ETERNITY FOR MEN (2BOTOL)

Semasa Open House di rumah kawan Cik Fiqah pun ramai kawan-kawan bertanya juga wangian ape yang Cik Fiqah pakai....hehehe...kawan Cik Fiqah buat Open House tapi Cik Fiqah pulak jual perfume kat rumah dia  lak..hehehe...nasib dia tak bising..hehehe...rumah dia dah macam shopping complex,berebut-rebut nak beli perfume....hehehe...tapi Cik fiqah tak bawak perfume pun,Cik Fiqah bawak catalog je..hehehe...sebab cik fiqah tak simpan stok,online katakan..hehehe....semua Cik Fiqah pos je kat diorang....Cik Fiqah bersyukur sangat-sangat,masa di rumah kawan pun ada juga yang order perfume kat Cik Fiqah....syukur alhamdulillah,betul cakap orang tua2..."rezeki selalu datang mengejut dan rezeki ada di mana-mana sahaja".....hehehe....Terima kasih Cik Fiqah ucapkan kepada kawan-kawan,sedara mara,makcik dan pakcik kerana sudi membeli perfume kat Cik Fiqah...Semoga korang semua ceria2 selalu dan belilah perfume di kedai online Cik Fiqah ni ye..... :)